News

Rosmah Hadir Program Blue Kids' Fun Zone Rai Kanak-Kanak Autisme Baca

mstar online, 9 April

Rosmah Hadir Program Blue Kids' Fun Zone Rai Kanak-Kanak Autisme
Rosmah Hadir Program Blue Kids’ Fun Zone Rai Kanak-Kanak Autisme




KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri program Blue Kids’ Fun Zone di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di sini.

Rosmah yang juga Penaung Program Permata Negara (Permata) meluangkan masa kira-kira satu jam setengah beramah mesra dengan peserta yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak autisme dan anggota keluarga mereka.

“Saya berasa amat gembira kerana ramai ibu bapa keluar membawa anak-anak autisme ke program pada Ahad yang mana ia mendedahkan mereka kepada beberapa program dan pendekatan untuk mereka keluar dari kepompong autisme.

“Aktiviti-aktiviti yang diadakan di sini memberi pendedahan kepada mereka tentang bagaimana berkomunikasi secara baik, meningkatkan keyakinan diri dan beberapa pendekatan lain yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak autisme,” katanya ketika ditemui pemberita pada program tersebut.
Rosmah berkata program itu juga bagi mendedahkan kanak-kanak autisme untuk bergaul dengan kanak-kanak lain, bertujuan mengubah stigma masyarakat terhadap mereka.

Program anjuran Permata dan Pusat Permata Kurnia yang pertama kali diadakan itu bersempena dengan Bulan Kesedaran Autisme pada April ini.

Ia diadakan untuk memupuk rasa kasih sayang terhadap individu yang mengalami autisme dan anggota keluarga mereka.

Antara aktiviti yang diadakan pada program selama sehari itu ialah ‘finding bubbles’, ‘down the wonder hole’ dan ‘magic mirror’ yang mana kebanyakannya menerapkan kemahiran komunikasi, sosial, adaptif dan kognitif terhadap peserta.

Program itu disertai kira-kira 2,000 kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.—Bernama
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/09/rosmah-rai-anak-autisme/#cfjs2cWDuUKkcvZy.99

Join Us