Mengenai Autisme

Autisme merupakan gangguan neurologi yang memberikan impak negatif kepada kanak-kanak dari segi kemahiran interaksi sosial dan imaginasi. Ini bermakna kanak-kanak yang mengalami autisme mungkin mempunyai masalah pertuturan, masalah untuk berinteraksi dengan orang lain dan minat serta kemahiran bermain yang terhad.

Penyelidikan yang dijalankan menunjukkan bahawa 40 hingga 70 peratus daripada kanak-kanak autisme boleh mempunyai keupayaan intelektual, yang mana 30 hingga 60 peratus mungkin mempunyai IQ yang biasa, manakala kurang daripada 10 peratus mungkin mempunyai kecenderungan genius dengan IQ melebihi 110.

Oleh kerana kanak-kanak autisme mengalami kesukaran untuk memahami persekitaran fizikal dan sosial yang ada disekeliling mereka, sesetengahkanak-kanak autisme mempamerkan tingkah laku yang mencabar seperti tantrum. Perihal ini boleh diselesaikan dengan menyokong tingkah laku positif.

Sesetengah kanak-kanak autisme juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, dengan strategi pengajaranyang berkesan, ia boleh membantu kanak-kanak autisme untuk belajar. Antara strategi pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak autisme adalah dengan mengkategorikan apa yang perlu dipelajari kepada unit-unit kecil dan pengajaran perlu dilaksanakan secara jelas dan konkrit. Strategi pengajaran di atas boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak autisme dari segi kemahiran akademik dan juga kemahiran urus diri

Oleh yang demikian,intervensi awal merupakan satu perkara yang sangat penting bagi membantu kanak-kanak autisme berkembang secara optimum dan mengatasi setiap cabaran yang mendatang kepada mereka. Tambahan pula, intervensi awal dapat menjamin masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak ini.
Autism Spectrum Disorder atau ASD merupakan istilah yang kurang dikenali oleh kebanyakan masyarakat, apatah lagi difahami. Ia juga tidak pernah didengari oleh sesetengah masyarakat. Kurangnya kesedaran tentang ASD telah membawa kepada tanggapan yang salah tentang persepsi sebenar berkenaan autisme dan kurangnya toleransi di antara masyarakat dengan mereka yang mengalami autisme. Ini merupakan satu perkara yang kurang menyenangkan kerana autisme bukanlah satu tragedi tetapi dari sudut pandangan yang lain, pengabaian pemahaman tentang ASD merupakan satutragedi yang amat menyedihkan bagi mereka yang mengalami autisme.

Perjalanan bermula

Dewasa kini, ASD lebih dikenali sebagai gangguan perkembangan yang semakin pesat berkembang dan trend ini dikatakan semakin meningkat saban hari. Lazimnya kadar autisme di Eropah dan Amerika Syarikat khususnya adalah dianggarkan sebanyak satu (1) peratus daripada setiap populasi penduduk. Ini menunjukkan satu jumlah yang besar. Bayangkan apa yang bakal berlaku kepada kedua-dua negara tersebut dalam tempoh dua puluh tahun akan datang sekiranya keadaan ini berlarutan tanpa sokongan, perhatian dan intervensi yang sesuai bagi menanganinya. Secara kasarnya, kanak-kanak autisme akan terus bersama dengan keluarga dan sekali gus akan menjadi seorang dewasa yang terlalu bergantung kepada keluarga dan tidak produktif di sepanjang kehidupan mereka. Para penyelidik juga mendapati bahawa lebih daripada satu pertiga daripada golongan yang mempunyai ASD tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran atau direkrut sebagai pekerja dalam tempoh masa enam tahun selepas menamatkan zaman persekolahan. Hal ini bukan sahaja merupakan satu kerugian kepada mereka yang mengalami autisme, bahkan kepada negara kerana tidak dapat mengoptimumkan potensi golongan ini.

Brosur

Apa itu autisme

iKurnia : Pendidikan Digital Autisme Untuk Komuniti

Ingin mengetahui lebih lanjut?

Hubungi Kami

Sertai Kami