PERMATA Kurnia

Mengenai PERMATA Kurnia

PERMATA Kurnia adalah sebahagian daripada program PERMATA yang diinisiatifkan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Program PERMATA mempunyai pendekatan yang pelbagai serampang bertujuan untuk memberi kanak-kanak permulaan kehidupan melalui pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang berkualiti di samping mengenal pasti dan mendidik kepelbagaian bakat kanak-kanak ke arah potensi yang optimum. Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-Kanak, kita melihat kanak-kanak sebagai suatu yang bernilai dan setiap kanak-kanak perlu mendapatkan hak terutama di dalam pendidikan.

Lebih lanjut

“Kajian telah menunjukkan bahawa lebih awal kita menyediakan intervensi kepada kanak-kanak lebih baik hasilnya. Program 'Intervensi Awal' untuk kanak-kanak autism kami akan menilai kekuatan dan keperluan mereka dan membina pelan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak.”

Dr. Hasnah Toran, Pengarah Pusat PERMATA Kurnia

“Saya mahu meningkatkan kesedaran orang ramai untuk Gangguan Spektrum Autisme. Jika orang ramai sedar keadaan ini, akan ada lebih penerimaan dalam masyarakat kita.”

Dr. Hazlina Bte Mohadzir, Ibu

“Cabaran memang banyak—tidak sahaja dari segi fizikal tetapi mental. Ibu bapa perlu dilengkapkan untuk membesarkan anak-anak mereka dengan autisme kerana setiap hari adalah satu cabaran dan kita akan menghadapi cabaran yang berbeza semasa anak-anak kita membesar.”

Pn. Nuraihan Hamsiah Binti Abdul Salam, Ibu
About PERMATA Kurnia

Mengenai PERMATA Kurnia

Lebih lanjut

Programme

Program PERMATA Kurnia

Lebih lanjut

Pusat PERMATA Kurnia

Lebih lanjut

Tahukah anda?
Kos perkhidmatan seumur hidup bagi individu yang mengalami autisma di Amerika Syarikat adalah USD 3.2 juta. Adalah dianggarkan terdapat 1.5 juta rakyat Amerika yang mengalami autisma. Maka kos untuk menyediakan perkhidmatan untuk individu-individu yang mengalami autisma di Amerika Syarikat adalah USD 35 billion setahun.

Ingin mengetahui lebih lanjut?

Hubungi Kami

Sertai Kami