Visi dan Misi

Visi

Bagi memastikan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA dan dilaksanakan dengan berkesan.
Kenyataan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA adalah seperti berikut:

“Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak menggariskan mekanisme yang komprehensif bagi memastikan pembangunan holistik semua kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia adalah asas yang kukuh untuk pembangunan potensi kanak-kanak berasaskan piawaian antarabangsa.Dasar ini adalah menguatkan dan melengkapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada. ”

Program PERMATA komited untuk memastikan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan berjaya dilaksanakan, termasuk yang berikut:

Menyediakan asas untuk pembangunan potensi manusia yang seimbang dan optimum mengikut gaya pembelajaran peribadi dengan mengambil kiranilai-nilai amalan terbaik tempatan dan antarabangsa.

Misi

Program PERMATA komited untuk memastikan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan berjaya dilaksanakan, termasuk yang berikut:

  • Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mendapatkan bimbingan dan pendidikan awal untuk meningkatkan kualitipembangunan tahun formatif mereka yang sesuai bagi kumpulan umur yang merangkumi sifat fizikal, bahasa, kognitif, sosio - emosi dan rohani dalampersekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan;
  • Membangunkan kurikulum yang komprehensif untuk pembangunan awal kanak-kanak yang merangkumi pendidikan, penjagaan kanak-kanak, nutrisi dan kesihatan;
  • Mewujudkan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif dan
  • Melaksanakan dan menyelia pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara di seluruh negara.
Sertai Kami